Seperti Kucing Di Atas Tampuk

Maksud : Perihal orang yang mempunyai dua tugas dan tidak tahu akan tugas yang mana harus diberikan perhatian.

Ayat Contoh : Kakitangan awam tidak dibenarkan menjalankan perniagaan sendiri kerana pihak kerajaan bimbang mereka akan menjadi seperti kucing di atas tampuk dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan.