Seperti Mengerat Dengan Gunting Galir

Maksud : Orang yang malas dan bodoh tidak akan sempurna pekerjaannya.

Ayat Contoh : Zubir diminta supaya menjemput semua orang kampung ke majlis doa selamat di rumah Haji Aiman. Walau bagaimanapun, dia yang malas dan bodoh itu menjemput penduduk kampung yang ditemuinya di kedai kopi sahaja. Kerja yang dibuatnya seperti mengerat dengan gunting galir.