Maksud : Setiap perkataan yang keluar dari mulut orang hendaklah dipilih yang baik dan dibuang yang jahat.
Ayat Contoh : Ceramah politik bukan semuanya boleh diterima kerana setiap penceramah mempunyai kepentingannya tersendiri. Oleh itu, pilihlah yang baik sahaja untuk diikuti seperti tebu, airnya dimakan, hampasnya dibuang.