Seruas Tebu Yang Berulat Sebatangnya Dibuang

Maksud : Seorang yang bersalah tetapi seluruh kaum keluarganya dihukum.

Ayat Contoh : Setelah ternyata bahawa fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja itu datangnya daripada Kitul dan Raja Mendeliar, Sultan Mahmud memerintahkan agar kedua-duanya termasuk seluruh ahli keluarga mereka dibunuh. Tindakan baginda itu seperti seruas tebu yang berulat sebatangnya dibuang.