Maksud : Perihal orang yang tidak mampu melawan seseorang tetapi kerana malu dilawannya juga.
Ayat Contoh : Omar sedar bahawa lawannya itu jauh lebih kuat daripadanya tetapi ditentangnya juga kerana berasa malu jika ditertawakan oleh kawan-kawannya. Dia ibarat sesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu.