Sesat Di Hujung Jalan, Balik Ke Pangkal Jalan

Maksud : Jika tidak mencapai persetujuan dalam sesuatu masalah hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya.

Ayat Contoh : Mesyuarat untuk mencari tapak yang sesuai bagi membina masjid itu gagal mencapai kata sepakat kerana ahli-ahli mesyuarat mempunyai kepentingan peribadi. Keadaan ini menyebabkan imam meminta mereka kembali kepada tujuan asal mesyuarat tersebut kerana sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.