Maksud : Sesudah mengotorkan nama orang, sekarang hendak bermanis-manis pula dengan orang itu.
Ayat Contoh : “Dulu kamulah yang menyebarkan cerita bahawa perempuan itu jahat, sekarang terbukti bahawa cerita itu fitnah semata-mata. Kini, kamu perlu membersihkan namanya yang telah tercemar itu, sesudah arang-arang, hendaklah minyak pula,” tegas Encik Saiful.