Setinggi-Tinggi Melanting, Jatuhnya Ke Tanah Juga

Maksud : Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, kerana pada suatu waktu akan hilang juga.

Ayat Contoh : Usahlah terlalu berbangga dan bersikap angkuh akan pangkat dan kedudukan yang disandang kerana semua itu tidak akan kekal untuk selama-lamanya, setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.