Maksud : Jika seia sekata tentu bersatu dan jika berselisih faham tentu bercerai.
Ayat Contoh : “Jika ayah tiada lagi nanti, kamu adik-beradik hendaklah sentiasa bermuafakat dan jangan bertelagah dalam apa-apa jua hal agar keluarga kita tetap kukuh kerana seukur berbaur, bertopang bercerai,” pesan Pak Zul kepada anak-anaknya.