Maksud : Orang bodoh akan diperguna oleh orang yang cerdik untuk kepentingannya.
Ayat Contoh : Pak Hadi menyerahkan beberapa relung tanah sawah kepada adik iparnya yang mahu menjadi sidang kerana pada masa itu sesiapa yang ingin menjadi seorang sidang perlu banyak harta, akhirnya adik iparnya kaya-raya dan dia pula terpaksa mengambil upah di tanahnya sendiri. Nasib Pak Hadi seperti si bodoh makanan si cerdik.