Maksud : Orang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang.
Ayat Contoh : Penagih dadah bukan sahaja tidak berguna kepada sesiapa pun malah kehadiran mereka hanya akan menyusahkan masyarakat sekeliling. Mereka bagaikan si kutuk beras basah, ditampi tak terlayang, diandang tak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik.