Maksud : Orang yang bersalah akan berasa tersindir sebab kesalahannya.
Ayat Contoh : Apabila Jep mengatakan bahawa ada penipuan dalam pembelian mesin padi terpakai oleh koperasi peladang itu, Syuib berasa tersindir kerana dialah yang sebenarnya menipu dalam urusan tersebut, siapa makan lada, dialah yang berasa pedas.