Maksud : Sesiapa yang hendakkan sesuatu, dialah yang harus bersusah payah atau menanggung kerugian.
Ayat Contoh : “Kamu yang mahu cepat sangat kaya sehingga semua harta dijual untuk melabur dalam skim cepat kaya, sekarang tanggunglah sendiri kerugiannya, siapa melejang, siapa patah, siapa menyuruk siapa bongkok, siapa menjala dia terjun, siapa gatal dialah menggaru,” sindir Pak Meon ketika Pak Gus menceritakan masalah yang sedang dihadapinya kini.