Maksud : Setiap pekerjaan mesti ada kepala atau ketuanya supaya selamat.
Ayat Contoh : Huzaifah dilantik untuk mengetuai pemuda-pemuda kampung yang akan mengendalikan acara menyambut rombongan menteri yang akan melawat kampung mereka pada bulan hadapan. Pelantikan dibuat supaya kerja yang akan dilakukan sempurna kerana silang berpangkal, kerja berjunjung.