Maksud : Keadaan hidup yang tidak tetap (sekali susah sekali senang).
Ayat Contoh : Kehidupan Rosli dan keluarganya tidak menentu kerana dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Apabila ada kerja dan mempunyai pendapatan, kehidupan mereka agak senang tetapi setelah tiada kerja, kehidupan mereka melarat, silih berganti bagai ombak di tepi pantai.