Sirih Berlipat Dengan Sendiri

Maksud : Mendapat orang yang dicintai atau keuntungan dengan mudah.

Ayat Contoh : Pemuda yang berbudi tinggi itu tidak perlu bersusah payah untuk memikat gadis idamannya kerana keluarga dan gadis itu memang sudah lama berkenan kepadanya. Begitulah kalau sirih berlipat dengan sendiri.