Maksud : Sudah mendapat kesusahan atau kemalangan, baru hendak beringat.
Ayat Contoh : Setelah seorang anaknya mati lemas di dalam perigi buta yang tidak berpagar di belakang rumahnya, barulah Hamid mahu menimbus perigi tersebut. Kata orang, sudah lulus maka hendak melantai.