Maksud : Anak muda yang sombong dan tidak mahu bermuafakat dengan kaum keluarga dalam sesuatu pekerjaan.
Ayat Contoh : “Kami yang sudah tua ini memang tidak berguna untuk kamu. Apa-apa jua keputusan yang kamu ambil tidak pernah berbincang dengan kami, maklumlah sudah tua dari kakak, sudah cerdik dari mamak,” kata Habibollah kepada anak buahnya.