Sudu-Sudu Di Tepi Jalan, Dipanjat Kena Durinya, Disinggung Kena Rabasnya, Ditakik Kena Getahnya

Maksud : Orang cerdik atau pendekar yang tidak dapat ditewaskan.

Ayat Contoh : Tun Perak seorang yang berani dan bijak. Usaha musuh untuk menggugat kedudukannya gagal kerana beliau seperti sudu-sudu di tepi jalan, dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya.