Sumpit Penuh Tidak Berisi

Maksud : Orang bodoh berlagak pandai; orang miskin berlagak kaya.

Ayat Contoh : Setiap kali pulang berhari raya di kampung, Armizan akan menyewa sebuah kereta dan berlagak kaya, padahal dia sebenarnya sumpit penuh tidak berisi kerana terpaksa berhutang untuk berlagak begitu.