Sungguhpun Lemak Santan Akhirnya Basi Juga

Maksud : Orang yang cantik itu akhirnya akan tua juga.

Ayat Contoh : Usah kesal kalau tiada syarikat filem yang mahu mengambil kamu berlakon lagi kerana zaman gemilang awak telah berlalu apabila meningkatnya usia, sungguhpun lemak santan akhirnya basi juga.