Sungkal Tak Berbalik, Unggun Padam Bara

Maksud : Pekerjaan yang tidak berfaedah sama ada dikerjakan atau tidak; tidak akan mendatangkan apa-apa.

Ayat Contoh : Biarkan parit itu berada dalam keadaan sedia kala, usah ditebat atau didalamkan kerana tiada sebarang faedah yang diperoleh, sungkal tak berbalik, unggun padam bara.