Tahan Jerat Sorong Kepala

Maksud : Mahu mencelakakan orang lain tetapi kecelakaan itu menimpa diri sendiri.

Ayat Contoh : Abang Mad mencuba untuk membakar kedai runcit Antony yang menjadi musuhnya tetapi minyak petrol yang digunakan telah tersimbah ke badannya. Hal ini menyebabkan dia mati terbakar. Begitulah kalau tahan jerat sorong kepala.