Tahu Gadung Itu Mabuk, Mengapa Diratah-Ratah

Maksud : Sengaja mencari perselisihan, kemudian sesal akan diri sendiri.

Ayat Contoh : Engkau sudah tahu bahawa perempuan itu isteri orang tetapi masih mahu mengganggunya. Sekarang, suaminya itu sudah menjadi musuh ketat engkau, untuk apa disesalkan lagi. Bak kata orang, tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?