Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata

Maksud : Orang mengatakan sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.

Ayat Contoh : Pada mulanya Riduan tidak mempercayai bahawa rakan baiknya seorang pencuri, tetapi akhirnya dia terpaksa menerima hakikat itu setelah banyak cerita yang didengarnya tentang sikap rakannya itu kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.