Tanam Tebu Di Bibir Mulut

Maksud : Manis kata-kata untuk memujuk atau memuji dengan suatu maksud.

Ayat Contoh : Penjual insurans itu memang suka tanam tebu di bibir mulut kerana dia menjanjikan pelbagai kemudahan kepada setiap pembeli polisi tetapi selepas banyak pelanggan membeli polisi itu, dia tidak menghiraukan kebajikan mereka lagi.