Tangan Penat Memerah, Pasu Mendapat Santannya

Maksud : Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang mendapat nikmatnya.

Ayat Contoh : Orang-orang tua kita yang berhempas-pulas meneroka kawasan ini tetapi para pendatang yang kaya itu senang-senang sahaja datang membina kedai dan gudang mereka, tangan penat memerah, pasu mendapat santannya.