Taruh Air Di Atas Daun Keladi

Maksud : Mempercayakan rahsia kepada orang bodoh dan pengecut.

Ayat Contoh : Rahsia Tuk Dalang yang dikatakan hanya peluru perak sahaja yang dapat menembusi kekebalannya diketahui apabila budak suruhannya telah ditangkap dan diugut oleh pihak musuh. Begitulah kalau taruh air di atas daun keladi.