Tatkala Lagi Rebung Tiada Dipatah, Ketika Sudah Jadi Aur Apa Gunanya

Maksud : Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak akan berhasil lagi.

Ayat Contoh : Ketika masih kanak-kanak, ibu bapanya tidak pernah menegur tingkah laku Zakuan yang nakal. Setelah meningkat remaja barulah hendak dimarahi tetapi tiada gunanya lagi kerana tatkala lagi rebung tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya.