Maksud : Mudah sahaja untuk mendapatkan kawan semasa kita senang tetapi sukar mencari teman yang sanggup menderita ketika susah.
Ayat Contoh : Ketika perniagaannya maju, Wee dikelilingi oleh kawan-kawan tetapi apabila dia bankrap akibat kegawatan ekonomi, tiada seorang pun kawannya yang sanggup bertanyakan khabar apatah lagi untuk menolongnya, teman ketawa senang didapati, teman menangis sukar dicari.