Terangguk-Angguk Seperti Rumput Di Pintu

Maksud : Kehidupan yang miskin dan menderita.

Ayat Contoh : Khalib dan adik-adiknya terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya telah lama meninggal dunia dan ibunya yang sakit tidak mampu bekerja untuk mencari wang. Kehidupan mereka terangguk-angguk seperti rumput di pintu.