Maksud : Tiada keputusan tentang sesuatu perkara (dalam perbincangan).
Ayat Contoh : Walaupun mesyuarat jawatankuasa kampung itu sudah berlalu hampir dua jam, namun belum ada keputusan yang dapat diambil sama ada untuk mengindahkan balai raya atau membina taman permainan kanak-kanak, terapung tak hanyut, terendam tak basah.