Terbang Bertumpu, Hinggap Mencengkam

Maksud : Jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya.

Ayat Contoh : Masyitah memberitahuku bahawa saudara-maranya dari Indonesia akan datang ke rumahnya terlebih dahulu sebelum mencari pekerjaan di negara ini. Mereka terbang bertumpu, hinggap mencengkam.