Maksud : Sifat orang yang berkuasa, orang kecil jangan sedikit pun silap kepadanya.
Ayat Contoh : Apabila destar Raja Muhammad, iaitu anak Sultan Mansur Syah jatuh ke tanah kerana terkena akan raga yang disepak oleh Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak, Raja Muhammad mengarahkan anak bendahara itu dibunuh, tergeser kena miang, tergegar kena rebas.