Terkilat Ikan Di Air Sudah Kutahu Jantan Betinanya

Maksud : Orang yang bijaksana segera tahu akan tinggi rendahnya ilmu seseorang itu melalui gerak-gerinya dan sangat cekap mengetahui makna percakapan orang.

Ayat Contoh : Apabila pemuda tersebut datang meminta halal kerana termakan sedikit buah delima yang hanyut di sungai, tuan empunya kebun delima itu dapat mengetahui pemuda itu seorang yang warak dan sesuai untuk dijadikan menantu, terkilat ikan di air sudah kutahu jantan betinanya.