Terpegang Di Abu Hangat

Maksud : Kecewa dalam cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan sahaja.

Ayat Contoh : Bidang Bimbingan dan Kaunseling sangat saya minati tetapi sejak menjawat jawatan kaunselor sekolah, terlalu banyak kerenah pihak atasan yang terpaksa dihadapi sehingga dirasakan jawatan itu seperti terpegang di abu hangat sahaja.