Tinggi Banir Tempat Berlindung

Maksud : Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya; setiap hal yang istimewa itu ada faedahnya asalkan tahu untuk menggunakannya.

Contoh Ayat : Nabi Nuh diketawakan oleh umatnya yang derhaka kerana membina kapal di atas bukit tetapi apabila berlaku banjir besar, kapal itulah yang telah digunakan baginda dan para pengikut untuk menyelamatkan diri, tinggi banir tempat berlindung.