Tukang Tidak Membuang Kayu

Maksud : Orang yang cerdik akan sayang kepada segala macam orang kerana setiap mereka itu ada gunanya.

Contoh Ayat : Zaliha tetap memberi kasih sayang kepada anaknya yang cacat itu sama dengan anak-anaknya yang lain kerana dia tahu bahawa anak itu tetap akan berguna juga suatu hari nanti, tukang tidak membuang kayu.