Turutkan Rasa Binasa, Turutkan Hati Mati

Maksudnya : Orang yang menurutkan kemahuan nafsu akhirnya akan binasa.

Ayat Contoh : Wahai orang muda sekalian, setiap manusia diberikan otak yang kedudukannya lebih tinggi daripada hati, oleh itu berfikirlah dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan kerana kalau turutkan rasa binasa, turutkan hati mati!