Umpama Bilah Atau Lidi Yang Terselit Pada Dinding Dapat Juga Diambil Akan Pencungkil Gigi Atau Pencungkil Telinga

Maksud : Seseorang yang bodoh atau bebal, suatu waktu ada juga gunanya.

Ayat Contoh : Ahmad seorang yang dungu tetapi dialah yang diharapkan oleh orang-orang kampung untuk menurunkan buah kelapa mereka kerana dia sangat pandai memanjat. Ahmad umpama bilah atau lidi yang terselit pada dinding dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga.