Uratnya Tempat Bersila, Batangnya Tempat Bersandar, Daunya Tempat Berteduh

Maksud : Orang yang kaya dan banyak kelebihan menjadi tempat orang susah mendapatkan pertolongan.

Ayat Contoh : Siti Khadijah Binti Khuailid bolehlah dikatakan uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, daunya tempat berteduh kerana jasanya terlalu besar dalam memberi ketenangan dan kemudahan harta benda kepada suaminya, Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan syiar Islam.