Maksud : Orang yang menjamin orang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.
Contoh Ayat : Encik Najib tidak senang duduk apabila menerima notis daripada bank kerana orang yang dijaminnya tidak membayar hutang bank tersebut. Begitulah yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher.