Yang Bulat Datang Bergolek, Yang Pipih Datang Melayang

Maksud : Keuntungan atau kemewahan datang daripada pelbagai punca; orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana sahaja.

Contoh Ayat : Alangkah bertuahnya anak-anak golongan berada kerana tanpa susah payah dapat menikmati kemewahan yang melimpah-ruah daripada ibu bapa mereka, yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.