Maksud : Seseorang yang telah melakukan perkara atau kesalahan akan marah apabila mendengar sindiran orang lain.
Ayat Contoh : Apabila mendengar beberapa orang kakitangan bercakap-cakap tentang ada pegawai naik pangkat kerana bodek dan ampu, Rafizi naik marah dan berasa disindir, yang makan lada jugalah yang berasa pedas.