Yang Tajam Tumpul, Yang Bisa Tawar

Maksud : Dengan berkat ubat atau doa, sesuatu penyakit dapat disembuhkan; kerana percakapan yang manis atau lemah lembut sesuatu sengketa hilang.

Ayat Contoh : Petang itu, Zahid kelihatan marah-marah tetapi hatinya menjadi sejuk apabila isterinya memujuk dengan kata-kata yang manis dan lembut, yang tajam tumpul, yang bisa tawar.