Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Daun Mengenalkan Pohonnya

Maksud : Daripada perkataan atau perbuatan dapat dikenal asal usulnya.

Daun Nipah Dikatakan Daun Labu

Maksud : Salah faham terbit kerana malas bertanya.

Daunnya Jatuh Melayang, Buahnya Jatuh Ke Pangkal Juga

Maksud : Akan ketahuan juga kekurangan seseorang itu walaupun tinggi …

Degar-Degar Merapati

Maksud : Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri dapat …

Degar-Degar Perapatkan

Maksud : Perselisihan dalam rumah tangga atau keluarga yang tidak …

Dek Sukar Berkampuh Ijuk, Nan Adat Diturut Jua

Maksud : Adat tidak dapat ditinggalkan walaupun hidup melarat.

Dekat Dapat Ditunjal, Jauh Dapat Ditunjuk

Maksud : Perkataan atau perlakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.

Dekat Mencari Suku, Jauh Mencari Hindu

Maksud : Mencari pertalian keluarga, susur galur.

Dekat Tak Tercapai, Jauh Tak Berantara

Maksud : Sesuatu yang diinginkan tetapi tidak terdaya untuk mendapatkannya.

Dempit Tidak Bersanggit, Ditambat Tidak Bertali

Maksud : Lelaki perempuan yang bersekedudukan tanpa nikah.

Previous Next