Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Dendang Menggonggong Telur

Maksud : Perempuan hodoh berpakaian cantik.

Dengar Cerita Burung, Anak Dipangku Dilepaskan

Maksud : Kerana mendengar manisnya mulut orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

Dengar Guruh Di Langit, Air Di Tempayan Dicurahkan

Maksud : Mendengar untung besar yang belum tentu dapat, untung …

Dengar Kata Enggang, Makan Buah Beluluk; Dengar Kata Orang, Terjun Masuk Lubuk

Maksud : Suka mendengar hasutan orang akan mendatangkan kesusahan kepada …

Deras Datang Dalam Kena

Maksud : Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak mendatangkan kerugian.

Deras Seperti Anak Panah

Maksud : Terlalu cepat.

Destar Habis, Kopiah Luluh

Maksud : Menanggung kerugian yang besar; menderita kemalangan terus-menerus.

Destar Hancur, Kopiah Hancur

Maksud : Perihal perbuatan yang kurang hemat menyebabkan kerugian.

Dialas Bagai Memengat

Maksud : Berkata dengan cukup alasan.

Diam-Diam Lepu

Maksud : Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan.

Previous Next