Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Gantung Tak Bertali, Salai Tak Berapi

Maksud : Isteri yang ditinggalkan oleh suami tanpa lafaz cerai …

Garam Dikulumnya Tidak Hancur

Maksud : Seseorang yang pandai menyimpan rahsia.

Garam Di Laut, Asam Di Gunung, Dalam Belanga Bertemu Jua

Maksud : Perjodohan yang tidak mengenal batas sempadan negara.

Garam Jatuh Ke Air

Maksud : Nasihat atau ilmu yang diajar cepat dimengertikan.

Garam Kami Tidak Masin Padanya

Maksud : Perkataan atau nasihat yang tidak dipedulikan.

Garamnya Yang Masin

Maksud : Perkataannya diterima pakai oleh orang.

Garam Tumpah Adakah Tempatnya?

Maksud : Kematian orang miskin lagi hina tidak akan dihiraukan.

Gar-Gar, Kata Gelegar, Rasuk Juga Yang Menahannya

Maksud : Dalam sesuatu perkara jangan terlalu percaya akan kata …

Gaya Sahaja, Rasanya Wallah

Maksud : Rupanya sahaja elok tetapi kelakuannya buruk.

Gayung Bersambut, Kata Berjawab

Maksud : Ajakan berkelahi disambut, ajakan berdebat diterima.

Previous Next