Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Gayung Tua, Gayung Memutus

Maksud : Perkataan orang tua biasanya tepat.

Gedang Gerundang Di Kubangan, Gedang Ikan Raya Di Lautan

Maksud : Orang berpangkat di tempat masing-masing.

Gedang Kayu, Gedang Dahannya

Maksud : Kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya.

Gedang Sebagai Diambung-Ambung, Tinggi Sebagai Dijunjung

Maksud : Bermegah akan kelebihan yang sebenarnya tidak ada.

Gelagah Boreh Rambutan, Orang Berbunga Dia Berbunga, Orang Berbuah Dia Tidak

Maksud : Meniru-niru tetapi sia-sia kerana hasil yang diperoleh tidak …

Gelang Di Tangan Orang Yang Hendak Dirampas Tidak Dapat, Cincin Di Jari Sendiri Terlucut Hilang

Maksud : Orang yang dengki dan tamak itu selalu mengalami …

Gelang Tidak Laga Sebentuk, Laga Keduanya

Maksud : Suatu kejadian seperti perkelahian dan lain-lain tidak berpunca …

Geleng Seperti Si Patung Kenyang

Maksud : Sombong atau berjalan dengan sombongnya.

Gemuk Membuang Lemak, Cerdik Membuang Kawan

Maksud : Enggan menolong atau mendekati keluarga atau kawan sendiri.

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Maksud : Kalau melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, biarlah bersungguh-sungguh …

Previous Next