Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Jadi Penghubung Hujung Lidah
Maksud : Menjadi jurubicara dalam perundingan atau penyampai pesanan orang.
Jadi Teluk Olakan Air
Maksud : Perdebatan yang berkisar kepada satu masalah sahaja.
Jahit Sudah, Kelindan Putus
Maksud : Sudah selesai semuanya.
Jalan Diasak Orang Lalu, Cupak Dipepat Orang Menggalas
Maksud : Adat istiadat dalam suatu negeri diubah oleh orang …
Jalan Di Tepi-Tepi, Benang Arang Orang Jangan Dipijak
Maksud : Kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun.
Jalan Mati Lagi Dicuba, Inikan Pula Jalan Binasa
Maksud : Orang yang berani itu tidak akan mengira lawan …
Jalan Raya Titian Batu
Maksud : Adat atau aturan yang telah lazim dari dulu …
Janda Belum Berlaki
Maksud : Gadis yang telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan.
Jangan Bawa Resmi Jagung; Makin Berisi Makin Tegak
Maksud : Makin kaya (berilmu), makin sombong.
Jangan Bercermin Di Air Keruh
Maksud : Jangan diikut teladan yang buruk.